Matrix number: IEF 110018
Date: Friday ( 19/10/2012 )
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
1) Apa yang telah anda pelajari?
Setiap minggu,banyak aktiviti-aktiviti baru dan menarik yang Miss Elaine akan lakukan di kelas APK.Seperti minggu lepas,saya dan sahabat-sahabat dibahagikan kepada 6 kumpulan.6 kumpulan ini merupakan peranan-peranan penting dalam sesebuah perniagaan.Antaranya ialah competitor,investor,customer,supplier,manager dan employee.Malah,peranan-peranan ini sangatlah penting agar sesuatu bidang perniagaan yang dijalankan bertambah maju dan berkembang.Disamping itu,setiap peranan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Kesimpulannya,dari aktiviti yang dilakukan,tanggungjawab dan kerjasama amatlah diperlukan dari semua pihak supaya bidang yang diceburi tidaklah merosot malah kian berkembang.
Saya berasa seronok,kerana setiap minggu Miss Elaine akan memberikan tugasan-tugasan@ aktiviti-aktiviti yang menarik untuk kami lakukan.Dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini,maka kami semua bolehlah saling bertukar pendapat atau pandangan,menambah ilmu pengetahuan,mengeratkan ukhuwah persahabatan diantara kami semua dan sebagainya.
Saya dapat mengaplikasikan dalam bidang yang diceburi pada masa hadapan.Di samping itu,saya akan berusaha sedaya upaya untuk cuba mencari peluang kerjaya yang bersesuaian,pengalaman dan lain-lain.Justeru itu,dapat mengatasi setiap permasalahan yang dihadapi dengan sebaiknya.
0 comments:
Post a Comment