Matrix Number: IEF 110020
Date: Friday ( 19/10/2012 )
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
1) Apa yang saya telah pelajari?
Saya telah pelajari beberapa aspek penting yang perlu ada bagi membangunkan dan melengkapi sesuatu perniagaan atau perusahaan seperti Supplier, customer, investor, employee, manager dan competitor. Kesemua perkara ini berkait rapat antara satu sama lain. Jika kesemuanya tidak bekerjasama maka perniagaan tidak akan maju , tidak berjalan dengan lancar dan mungkin juga sesuatu perniagaan akan terus muflis. Sesuatu perniagaan tidak akan berdiri sendiri, tetapi memerlukan sokongan, dorongan dan pertolongan pihak-pihak tertentu.
Pada kuliah apk minggu lepas saya kurang berpuas hati terhadap aktiviti yang dijalankan dalam "teamwork", yang berkaitan dengan pembahagian seperti customer, supplier dan sebagainya. Saya termasuk dalam kumpulan competitor dan saya tidak dapat lihat kerjasama antara satu sama lain dipraktikkan di situ. Moga apa-apa sahaja aktiviti yang akan dijalankan selepas ini akan lebih menarik dan mempastikan akan wujud kerjasama semua pihak yang terlibat.
0 comments:
Post a Comment