Name: Siti Arfah bt Zaini Azlan
Matrix number: IEF 110020
Date: Friday ( 12/10/2012 )
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Apa yang saya dapat semasa kelas apk yang lalu ialah saya dapat merasai semangat berpasukan yang terdapat di dalam kumpulan saya semasa setiap tugasan yang diberikan. Dengan adanya semangat berpasukan sesuatu kerja itu dapat dilakukan dengan pantas dan mudah. Saya juga dapat menghargai masa yang diperuntukan bagi setiap tugas yang diberikan, sewaktu ini saya rasakan masa berlalu dengan begitu pantas sehingga tidak menyedari tamatnya masa kuliah apk. Selain itu saya menyukai cara Miss Elaine dalam pertuturannya yang penuh dengan semangat . Dengan ini rasa mengantuk akan hilang dan saya dapat fokus setiap perkara yang diungkapkan.
Tetapi, saya juga berasa agak kelam kabut disebabkan terlalu banyak tugasan diberi dalam masa beberapa minit. Namun tugasan tersebut dapat juga diselesaikan dengan penuh ketenangan dan kesabaran. Selain itu, saya juga dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam merealisasikan cita-cita saya iaitu sebagai project manager atau programmer. Saya amat meminati bidang teknologi, tetapi bidang yang saya ambil sekarang bercanggah dengan cita-cita saya, Tetapi saya tidak akan terus berputus asa, namun akan mencuba untuk mengambil kursus yang berkenaan selepas tamat daripada ijazah sekarang. Moga saya akan mendapat masa depan yang lebih cerah nanti.
0 comments:
Post a Comment