-->
skip to main | skip to sidebar

| Group9- APK |

RSS
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments

Reflection Hani 9/11/2012

Posted by group9-APK on Thursday, 22 November 2012
/ Comments: (0)
Name: Nur Syakirah Hani bt Shamsul Khair
Matrix Number: IEF 110016
Date: Friday ( 9/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Apa yang saya dapat?

Setiap minggu kelas akan membuat aktiviti yang berbeza. Dengan aktiviti yang pelbagai ini membuatkan saya lebih berfikiran terbuka. Dan kami mendapat tugasan untuk membuat presentation dan assignment. Ini mendatangkan kebimbangan pada saya kerana perlu bersaing untuk membuat yang terbaik berbanding dengan kumpulan lain.

Apa yang saya rasa?

Dengan aktiviti yang dilakukan dalam kelas berbeza setiap miggu, saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Bagaimana saya untuk mengeluarkan idea-idea baru dan lain-lain. Ini akan saya praktiskan dalam bidang pekerjaan dan pembelajaran serta organisasi bagi mengeluarkan idea-idea baru.

Reflection Nazratun Naimah 9/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nazratun Naimah bt Jahuri
Matrix Number: IEF 110015
Date: Friday ( 9/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang saya belajar?

--->Kami diberi tugasan untuk membuat rancangan perniagaan dalam 1 kerja kursus sbyk 40-50 m/s,,+ presentation selepas cuti,,hmm,,sangat membimbangkn bagi saya..

Apa yang saya rasa?

--->Setiap minggu di kelas apk mempunyai aktiviti yang sgt mencabar,,saya perlu bersikap terbuka dan sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal.. =)

Reflection Zakariya 9/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Muhammad Zakariya b. Shafii
Matrix Number: IEF 110014
Date: Friday ( 9/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya rasa sangat bersemangat untuk belajar dengan pengalaman-pengalaman baru dalam pelajaran yang sentiasa memberi seribu satu pengalaman yang menyeronokkan dan amat memberi kesan dalam pelajaran dan pengetahuan. Di smping itu rasa terdedah dengan situasi sbenar dunia perniagaan di luar..:)



| Third Assignment |

Posted by group9-APK on Thursday, 8 November 2012
/ Comments: (0)
[ WAQFEYA ENTERPRISE ]

-MEMBANTU MASYARAKAT MALAYSIA MENDAPATKAN BARANGAN/PAKAIAN DARI NEGARA MESIR DENGAN MUDAH-

Jika diperhatikan situasi hari ini, menunjukkan ramai wanita Islam memilih fesyen dan bentuk pakaian jenis kontemporari dan ranggi. Lebih-lebih lagi, pelbagai koleksi busana muslimah yang wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan menarik minat wanita Islam berpakaian menepati cita rasa moden dengan penampilan gaya elegan.


Oleh yang demikian,kami dari Waqfeya Enterprise sedia membantu para muslimah untuk berfesyen dengan mengenakan pakaian dari negeri Arab,Mesir yang berkualiti dan menutup aurat.Selain berfesyen dengan pakaian Arab ini,kami juga menjual aksesori atau barangan dari negeri Arab seperti bedak,celak,sejadah,telekung dan sebagainya.













Reflection Hidayah 2/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nurul Hidayah bt Abdull Halim
Matrix Number: IEF 110018
Date: Friday ( 2/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Setiap minggu kami diberikan tugasan-tugasan yang baru. Pada minggu lepas kami belajar untuk mempraktikkan diri apabila berada di alam perniagaan yang sebenar. Kami juga perlu mengatur strategi dengan baik. Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain sebagai customer, employee dan enterpreneur. Secara konklusinya, kami semua perlulah bijak dalam mengurus sesuatu bidang yang diceburi supaya berkembang maju dalam perniagaan. Pada mulanya saya berasa tidak seronok kerana tidak faham aktiviti apa pula yang perlu kami lakukan. Akhirnya,baru saya faham, aktiviti yang kami perlu lakukan adalah untuk melatih kami apabila berada dalam perniagaan yang sebenar. Jadi apa yang dapat saya katakan, Miss Elaine bijak merancang aktiviti-aktiviti setiap minggu.

Reflection Afiqah 2/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nurul Afiqah bt Razali
Matrix Number: IEF 110017
Date: Friday (2/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang saya pelajari ialah saya dapat merasai suasana yang sebenar di alam pekerjaan walaupun ianaya hanya di dalam dewan kuliah. Tambahan pula saya sebagai pekerja ditugaskan mencari kerja di gerai-gerai. Dengan ini barulah saya dapat merasai betapa sukarnya mencari kerja. Pengalaman ini amat berguna pada diri saya. Saya boleh praktikkan benda ini di alam pekerjaan nanti. Saya berasa seronok dan dapat merasai suasana alam pekerjaan.

Reflection Arfah 2/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Siti Arfah bt Zaini Azlan
Matrix Number: IEF 110020
Date: Friday ( 2/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Pada kelas apk yang lepas, kami diajar tentang perkara-perkara yang perlu ada sebelum, semasa dan selepas sesuatu perniagaan dijalankan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah customer, supplier, bank dan sebagainya. Saya memilih untuk memasuki kumpulan supplier. Sebagai supplier kumpulan saya dikehendaki menyediakan pebagai jenis stok makanan sebagai bekalan kepada syarikat-syarikat yang memerlukan barangan dari syarikat saya. Bahagian saya sendiri menyediakan stok lada hitam, roti burger dan mayonis. Suasana sewaktu jual beli dilakukan begitu meriah sekali, semua pelajar asyik dengan aktiviti jual beli dan tawar menawar. Diharapkan kelas apk akan datang akan lebih menarik lagi.

Reflection Hani 2/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nur Syakirah Hani bt Shamsul Khair
Matrix Number: IEF 110016
Date: Friday ( 2/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pada jumaat lepas saya berada dalam kumpulan bank. Pada awalnya saya tidak faham dengan peranan saya. Kemudian apa yang saya dapat dengan berada dalam kumpulann bank ialah perlu ada sistem yang cekap dan tepat untuk kemasukan dan keluaran duit bagi sesuatu syarikat. Perlu melayan kerenah penyewa yang lambat membayar sewa dan sebagainya. Sebagai seorang yang mengelola bank, perlu tegas dan bertolak ansur akan beberapa keadaan yang dialami syarikat. Saya akan aplikasikan apa yang saya pelajari ini dalam kehidupan seharian dengan rakan seperti mereka yang telah meminjam wang saya dan mereka yang saya telah pinjam wang. Saya juga ada bertanya pada rakan yang memilih sebagai pekerja. Dia tidak mendapat pekerjaan kerana pesaingan untuk mendapatkan pekerjaan sangat sengit dan ketika dia hendak menghantar resume didapati resume dia tidak lengkap dan disebabkan itu dia sukar mendapat kerja. Sebagai orang yang hendak mencari pekerjaan kita mesti menunjukkan persediaan kita dan juga keyakinan kita untuk menyakinkan majikan kita. Saya akan aplikasikan dengan setiap kali pembentangan dalam kuliah saya akan membentang dengan yakin walaupun salah, untuk di alam pekerjaan saya akan bekerja dengan semangat untuk menunjukkan prestasi saya dala m bidang kerjaya saya. Aktiviti minggu lepas sangat menarik kerana telah memberi peluang kepada semua pelajar merasai dalam bidang perniagaan dan pekerjaan.

Reflection Zakariya 2/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Muhammd Zakariya bt Syafii
Matrix Number: IEF 110014
Date: Friday ( 2/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pada jumaat lepas sy mempelajari bgaimana sesebuah perniagaan dilangsungkan dimana ia bermula daripada supplier hinggalah kepada customer..dan berlaku juga conflik2 diantara pengusaha dan pekerja..pelajaran ini amatlah bermanfaat kepada saya dan amat memberi manfaat kepada saya dalam mempelajari ilmu perniagaan..saya merasakan ia amat memberi kesan kepada saya bagi jangka masa panjang dan sewaktu saya bekerja..dan ia amatlah menyeronokkan dan tidak membosankan..:)

Reflection Nazratun Naimah 2/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nazratun Naimah bt Jahuri
Matrix Number: IEF 110015
Date: Friday ( 2/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pada kelas jumaat yang lepas,kami diajar bagaimana menjalankan sesuatu pernigaan dengan cara yang telus dan tepat.Sebelum kita ingin membuka satu premis perniagaan,banyak perkara yang perlu diambil kira samada dari segi kualiti barang,keadaan pasaran,kehendak pelanggan dan sebagainya.Kami diagih kepada beberapa kumpulan sebelum sesi jual beli berlangsung,,peranan saya sebagai supplier kadangkala membuatkan saya pening kerana keliru apakah peranan saya sebenarnya,tapi perasaan ketika itu sgt seronok,,riuh rendah di dalam dewan kuliah seperti riuh rendah dipasar.Dengan ini,apa yang saya pelajari ialah peranan setiap orang sangat penting dalam menjayakan sesuatu perniagaan.Rancangan yang teliti perlu diatur disamping sentiasa mencari ilmu dari orang yang lebih berpengalaman

| Second Assignment |

Posted by group9-APK on Thursday, 1 November 2012
/ Comments: (0)

[ WAQFEYA ENTERPRISE ]
- Menjual barangan Mesir, hanya yang terhangat di pasaran kini. Pasti menjadi idaman semua -

*PROBLEM STATEMENT:

1) Barangan diimport dari Mesir, Jordan dan Yaman dengan menggunakan kapal kargo. Ini memerlukan masa yang lama iaitu dalam dua hingga tiga bulan untuk barangan sampai ke Malaysia. Syarikat tidak mempunyai modal yang banyak untuk diimport melalui kapal terbang, kerana ia memerlukan kos yang amat tinggi.

2) Kekurangan tenaga pekerja dan agen seluruh Malaysia.

3) Pengguna kebiasaannya mempunyai masalah dalam pemilihan warna tudung mesir khususnya. Ini menyukarkan peniaga untuk menghantar barangan yang tepat dan menepati citarasa pengguna.

*BUSINESS NATURE:

- Barangan Mesir

# Di bawah ini dinyatakan beberapa barangan daripada syarikat kami:







* TARGET CUSTOMER:


WHO?


*APPROACH:

- Melalui iklan di televisyen, radio, facebook dan sebagainya.


*EVIDENCE LOG:

| SURVEY FORM |












Reflection Zakariya 19/10/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Muhammad Zakariya b. Syafii
Matrix Number: IEF 110014
Date: Friday ( 19/10/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1) Apa yang dipelajari?

Saya mempelajari suatu perkara yang baru dimana saya merasakan berada di dalam sebuah syarikat yang benar dan syarikat tersebut mengalami permasalahan yang serius yang mana ia melibatkn semua pihak dan ia amatlah bermakna di mana saya merasakan saya menjadi salah satu daripada mereka yang bertanggungjawab terhadap permasalahan tersebut dan cuba untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

2) Bagaimana perasaan saya?

Saya rasa begitu bersemangat untuk terus mempelajari subjek ini dan untuk terus mendalaminya sehingga saya mampu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

3) Bagaimana untuk saya aplikasi?



Saya dapat mengaplikasinya kini dan akan datang di mana saya juga ada menceburi bisnes kecil-kecilan dan untuk masa akan datang saya akan mempraktikkan apabila berada dalam bidang kerjaya..:)



Reflection Afiqah 19/10/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nurul Afiqah bt Razali
Matrix Number: IEF 110017
Date: Friday ( 19/10/2012)

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1) Apa yang dipelajari?


Dalam kelas minggu lepas saya dapat mempelajari sesuatu yg sangat bermakna bg saya,saya didedahkan dengan bagaimana nak uruskan subuah perniagaan. Selain itu saya juga dapat belajar bagaimana nak menganalisis permasalahan yang timbul dalam perniagaan, adakah masalah itu berpunca dari pihak atasan,pekerja,pesaing,pelabur dan lain-lain. Jangan mudah menunding jari pada pihak lain jika berlaku apa-apa masalah,kita seharusnya menyalahkan diri sendiri dan mencari jalan penyelesaian.

2) Bagajmana perasaan saya?


Saya sangat gembira kerana dapat mempelajari ilmu baru selain aktiviti yang dijalankan sangat menarik dan tidak boring dan mengantuk.

3) Dimana dan bagaimana saya dapat aplikasikan apa yang saya pelajari?


Saya dapat aplikasikan ilmu yang saya belajar ni dalam organisasi yang saya masuk dan di dalam perniagaan yang akan saya jalankan.






Reflection Hani 19/10/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nur Syakirah Hani bt Shamsul Khair
Matrix Number: IEF 110016
Date: Friday ( 19/10/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1) Apa yang dipelajari?


Daripada aktiviti yang dilakukan dalam kelas miggu lepas, apa yang saya dapat ialah yang pertama seorang mahasiswa perlu memulakan hidup dengan kegembiraan. Dengan itu orang disekeliling kita akan gembira dengan keadaan kita. Yang kedua untuk dalam perniagaan terutamanya, setiap orang memainkan peranan daripada pengurus, pembekal, pesaing, pelabur, pekerja dan kepada yang lain-lain hendaklah memberi kerjasama yang kuat untuk memajukan perniagaan yang dijalankan. Sekiranya berlaku masalah tidak harus menunding pada yang lain. Kita seharusnya menyalahkan diri kita sendiri dan mengkaji pihak mana yang bersalah dan saling perbaiki. Kita bukan mahir semua bidang dan setiap orang akan duduk di bidang yang dipakari. Jadi mesti saling hormat-menghormati dalam semua pihak tidak kita pekerja, pengurus mahupun pembekal dan lain-lain.

2) Bagaimana perasaaan saya?


Saya sangat bersyukur kerana dapat pelajari sesuatu yang baru dalam kelas miggu lepas dengan aktiviti yang dijalankan. Saya perlu perbaiki diri saya dalam pengurusan organisasi sebagai contoh dalam mengutarakan pendapat. Saya perlu berani dan yakin dengan pendapatan yang saya lontarkan.

3) Dimana dan bagaimana saya dapat aplikasikan apa yang saya pelajari?


Saya akan mengaplikasikan apa yang saya belajar ini di dalam kehidupan saya sendiri sebagai mahasiswa dan dalam kerjaya nanti. Sepertimana saya sebagai mahasiswa, saya akan aplikasikan dalam kelas, organisasi persatuan dan sebagainya. Saya akan menggunakan segala yang saya dapat dalam aktiviti minggu lepas seperti dalam organisasi di dalam kelas dan organisasi persatuan. Memberi peluang pada ahli lain dalam memberi pendapat dan lain-lain.




Reflection Arfah 19/10/2012

Posted by group9-APK on Wednesday, 31 October 2012
/ Comments: (0)
Name: Siti Arfah bt Zaini Azlan
Matrix Number: IEF 110020
Date: Friday ( 19/10/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1) Apa yang saya telah pelajari?


Saya telah pelajari beberapa aspek penting yang perlu ada bagi membangunkan dan melengkapi sesuatu perniagaan atau perusahaan seperti Supplier, customer, investor, employee, manager dan competitor. Kesemua perkara ini berkait rapat antara satu sama lain. Jika kesemuanya tidak bekerjasama maka perniagaan tidak akan maju , tidak berjalan dengan lancar dan mungkin juga sesuatu perniagaan akan terus muflis. Sesuatu perniagaan tidak akan berdiri sendiri, tetapi memerlukan sokongan, dorongan dan pertolongan pihak-pihak tertentu.

2) Bagaimana perasaan saya?


Pada kuliah apk minggu lepas saya kurang berpuas hati terhadap aktiviti yang dijalankan dalam "teamwork", yang berkaitan dengan pembahagian seperti customer, supplier dan sebagainya. Saya termasuk dalam kumpulan competitor dan saya tidak dapat lihat kerjasama antara satu sama lain dipraktikkan di situ. Moga apa-apa sahaja aktiviti yang akan dijalankan selepas ini akan lebih menarik dan mempastikan akan wujud kerjasama semua pihak yang terlibat.

3) Dimana dan bagaimana saya dapat aplikasikan apa yang saya pelajari?


Saya dapat mengaplikasikan apa yang saya belajar sekarang di alam pekerjaan nanti melalui kursus atau seminar perniagaan atau yang berkaitan dengannya. Saya juga boleh mencuba menjalankan perniagaan sendiri mengikut aliran dan cara yang betul.



Reflection A'isyah 19/10/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Siti A'isyah bt Che Nordin
Matrix number: IEF 110019
Date: Friday ( 19/10/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1) Apa yang dipelajari?


Dengan aktiviti yang dijalankan minggu lepas, saya dapat mepelajari pelbagai ilmu yang baru yang mana sebelum ni tidak pernah terfikir akan mempelajari dengan lebih mendalam tentang subjek ini. dalam perniagaan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk memajukan sesebuah perniagaan. selain itu, apabila berlaku sesuatu masalah dalam sesebuah perniagaan, kita jangan cepat menyalahkan pihak lain, tapi, perlu mengkaji terlebih dahulu apa masalah dalaman yang dihadapi sehingga berlaku masalah tersebut. pokoknya, semua pihak perlu berlapang dada dengan apa yang berlaku, mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan kemudian cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama-sa
ma. 

2) Bagaimana perasaan saya?


Saya rasa senang dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap minggu. kepelbagaian aktiviti dalam kumpulan. saya harap miss elaine akan memperkenalkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik pada minggu mendatang. =)

3) Dimana dan bagaimana saya dapat aplikasikan apa yang saya pelajari?


Saya harap dengan ilmu baru yang saya dapat, saya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dalam masa yang sama lebih mematangkan diri saya dalam bidang perniagaan.




Reflection Nazratun Naimah 19/10/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nazratun Naimah bt Jahuri
Matrix number: IEF 110015
Date: Friday ( 19/10/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


1) Apa yang saya telah pelajari?


Semasa sesi pembelajaran lepas,banyak perkara yg saya telah pelajari antaranya,saya mengetahui betapa pentingnya peranan setiap pihak dalam sesuatu bidang perniagaan yang diceburi.Supplier, customer, investor, employee, manager dan competitor,peranan mereka semua penting dan mereka perlu saling bantu-membantu dalam menjayakan sesebuah perniagaan."(no win-lose situation but win-win situation)".

2) Bagaimana perasaan saya?


Saya berasa sgt gembira dan enjoy semasa kelas dijalankan.Pelbagai idea dan buah fikiran dapat dikongsi bersama ketika kami dibahagikan kepada beberapa bentuk kumpulan.

3) Dimana dan bagaimana saya dapat aplikasikan apa yang saya pelajari?


Saya dapat mengaplikasikan apa yang saya belajar didalam kehidupan saya seharian. Daripada saya sebagai seorang pelajar sehinggalah sya berkerjaya nanti segala maklumat dan pengalaman yang saya peroleh daripada kelas2 setiap minggu ini akan saya gunakan sebaik mungkin dan sebagai panduan untuk saya lebih berjaya.




Reflection Hidayah 19/10/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nurul Hidayah bt Abdull Halim
Matrix number: IEF 110018
Date: Friday ( 19/10/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


1) Apa yang telah anda pelajari?

Setiap minggu,banyak aktiviti-aktiviti baru dan menarik yang Miss Elaine akan lakukan di kelas APK.Seperti minggu lepas,saya dan sahabat-sahabat dibahagikan kepada 6 kumpulan.6 kumpulan ini merupakan peranan-peranan penting dalam sesebuah perniagaan.Antaranya ialah competitor,investor,customer,supplier,manager dan employee.Malah,peranan-peranan ini sangatlah penting agar sesuatu bidang perniagaan yang dijalankan bertambah maju dan berkembang.Disamping itu,setiap peranan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Kesimpulannya,dari aktiviti yang dilakukan,tanggungjawab dan kerjasama amatlah diperlukan dari semua pihak supaya bidang yang diceburi tidaklah merosot malah kian berkembang.

2) Bagaimana perasaan anda?

Saya berasa seronok,kerana setiap minggu Miss Elaine akan memberikan tugasan-tugasan@ aktiviti-aktiviti yang menarik untuk kami lakukan.Dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini,maka kami semua bolehlah saling bertukar pendapat atau pandangan,menambah ilmu pengetahuan,mengeratkan ukhuwah persahabatan diantara kami semua dan sebagainya.

3) Dimana dan bagaimana anda dapat aplikasikan apa yang anda pelajari?

Saya dapat mengaplikasikan dalam bidang yang diceburi pada masa hadapan.Di samping itu,saya akan berusaha sedaya upaya untuk cuba mencari peluang kerjaya yang bersesuaian,pengalaman dan lain-lain.Justeru itu,dapat mengatasi setiap permasalahan yang dihadapi dengan sebaiknya.



SYARIKAT RAMLY BURGER DAN PERMASALAHAN

Posted by group9-APK on Wednesday, 17 October 2012
/ Comments: (2)
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kumpulan kami memilih "Syarikat Ramly Burger" dan di bawah akan dinyatakan permasalahan yang timbul di dalam syarikat ini.


RAMLY BURGER: http://www.ramly.com.my/

*Permasalahan yang berlaku:

1) Cabaran bagi pengusaha Ramly Burger iaitu Dato' Ramly Mokni


Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang .Beliau menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.

Beliau seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya.

Beliau mengatakan sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya.Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya.

*SUMBER PENUH DI SINI

2) Isu DNA babi dalam Ramly Burger


Isu DNA Babi dalam Ramli Burger telah heboh diperkatakan pada suatu ketika dahulu. Ia berikutan  sebuah blog memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa  jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian satu sample produk Ramly Burger di sana.

Perkara ini telah dinafikan sekeras kerasnya oleh Dato’ Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramli yang mengeluar dan memasarkan produk tersebut. Dalam surat terbuka  bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikat mereka yang 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama  Islam dengan 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga beragama Islam. Beliau menambah bahawa sebagai kumpulan beragama Islam, mereka sungguh menitik beratkan soal halal haram dan mempunyai jabatan dan jawatankuasa halal untuk memastikan status halal  produk yang dikeluarkan.

Beliau mendakwa  memang ada kertas bungkusan yang bukan milikan Ramly telah ditemui digunakan dan aduan polis telah dibuat tentang perkara ini.

Satu pemeriksaan premis telah dilaksanakan oleh Pejabatan Kesihatan Daerah Kulim, Kedah yang mengesahkan  tiada DNA Babi ditemui.

Beliau menasihati orang ramai menghubungi pihak JAKIM untuk penjelasan lanjut (Jika ada).

Dalam perkara ini,  kami mengakui pentingnya pemantauan status halal dibuat oleh pihak kerajaan, tetapi janganlah ia dibuat dengan cara tergesa gesa dan di laporkan pula oleh  sebuah  pejabat  peringkat daerah dan sebuah agensi yang tidak berkenaan. Sebarang pengumuman sepatutnya dibuat oleh pihak yang berwibawa seperti JAKIM pusat atau negeri dengan prosedur yang ketat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,  fitnah atau  sabotaj.

Kita harus maklum sejak baru baru ini banyak perusahaan Melayu/Islam telah disasarkan oleh pihak yang tidak dikenali  melalui internet. Ini termasuklah kes roti Gardenia, KFC, Kek Lapis Sarawak dan kini pula Ramly Burger, yang kesemuanya dimiliki  atau di kuasai oleh usahawan Melayu/Islam. Kita tidak tahu siapa yang memulakan fitnah ini dan apa tujuan mereka. Namun kita sebagai masyarakat Islam, walaupun perihatin dengan soal halal haram, perlulah berhati hati supaya tidak  mudah digunakan oleh pihak lain untuk memfitnah dan menjatuhkan perusahaan Islam.

*SUMBER dan BUKTI

3) Dituduh bertukar tangan dengan syarikat bumiputera



KUALA LUMPUR 9 Mei - Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang terkenal dengan jenama Ramly Burger menafikan bahawa kepentingan syarikat itu telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera.

Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Siti Hayu Ramly berkata, tidak pernah pada bila-bila masa pegangan syarikat itu dijual dan perniagaan yang berusia 30 tahun itu kekal di tangan pengasasnya, Datuk Ramly Mokni.

Siti Hayu yang merupakan generasi kedua pengasas perniagaan itu terpaksa tampil untuk menjelaskan perkara berkenaan memandangkan pelbagai spekulasi tersebar sejak kebelakangan ini.

''Banyak kenyataan di Internet menyebarkan kononnya Kumpulan Ramly telah dijual dan ia adalah satu dakwaan yang tidak benar dan kami menafikan sekeras-kerasnya.

''Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan bahawa semua produk kami adalah halal dan mematuhi setiap aspek dan prosedur Syariah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Siti Hayu berkata, pihak syarikat tidak tahu menahu punca dan faktor yang menyebabkan dakwaan tersebut tersebar di Internet.

Cuma, tambahnya, jika ada pengguna yang masih was-was dengan kenyataannya, mereka boleh mendapatkan pengesahan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Beliau bagaimanapun berkata, khabar angin itu sedikit pun tidak menjejaskan perniagaan Kumpulan Ramly, sebaliknya permintaan bagi produk-produknya terus meningkat.
Malah, katanya, pada tahun lalu jumlah permintaan adalah 30 peratus lebih tinggi berbanding pengeluaran.

Pada tahun ini, kata Siti Hayu, Kumpulan Ramly telah meningkatkan kapasiti untuk memastikan bekalan seiring dengan permintaan yang semakin menggalakkan. Kumpulan Ramly kini memasarkan 40 produk dan burger Ramly masih kekal sebagai produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50 peratus kepada perniagaannya.

Ditanya mengenai penerokaan pasaran luar negara, Siti Hayu tidak menafikan produknya telah lama mendapat permintaan tetapi ia tidak dapat dilakukan disebabkan kapasiti pengeluaran yang terhad.

''Kini kami sudah sedia, cuma belum bergerak ke arah itu, Kumpulan Ramly perlu membuat kajian terperinci untuk memastikan kami berupaya bersaing di luar,'' tambahnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan memasarkan produknya di pasaran serantau dan Thailand dijangka menjadi destinasi pertama Kumpulan Ramly.Dalam pada itu, Siti Hayu berkata, Kumpulan Ramly kini memperkenalkan pek baru bagi produk burger ayam dan dagingnya.

Katanya, pembungkusan dalam bentuk bantal itu mengandungi enam keping burger ayam dan daging diperkenalkan untuk mengekalkan kesegaran dan kualitinya.

*SUMBER
4) Hanya dianggap sebagai sampah di Singapura


Burger Ramly sangat popular di Malaysia, Burger Ramly merupakan Ikon makanan yang kita tahu mudah didapati di pasar malam atau di kiosk - kiosk kaki lima diwaktu malam  tetapi di Singapura hanya di kenali sebagai pembungkus makanan. Ini kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan daging dan ayam Ramly Burger disana buat jangka waktu yang lama .

Sebaliknya apa yang ada adalah daging dengan jenama seperti Tasty, Sultan Burger and Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura. Pengasas Burger  Ramly mencipta resepi burger keluarannya pada tahun 1979.Lima tahun selepas pelancaran, Ramly burger boleh didapati dimana - mana seluruh Malaysia  termasuk  Singapura, Thailand ke Filipina dan Indonesia.Tetapi hanya kertas pembungkus , mayonis, dan makanan sejuk beku seperti bebola sotong yang dipasarkan di Singapura.


*SUMBER



REFLECTION A'ISYAH FROM APK CLASS

Posted by group9-APK on Tuesday, 16 October 2012
/ Comments: (0)
Name: Siti A'isyah bt Che Nordin
Matrix number: IEF 110019
Date: Friday ( 12/10/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Apa yang saya dapat semasa di kuliah apk yang lepas ialah:

1) Saya dapat melatih diri dalam berorganisasi sebagaimana yang berlaku di dalam kuliah apk yang lalu iaitu dengan adakan latihan dalam kumpulan.

2) Saya juga lebih mengetahui hala tuju selepas bergelar mahasiswa iaitu apa yang saya cita-citakan selepas 4 tahun akan datang.

3) Saya lebih bermotivasi untuk mencapai dan menjadi apa yang diimpikan.

4) Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kelebihan dan kelemahan diri yang mana dalam masa yang sama dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.


REFLECTION AFIQAH FROM APK CLASS

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nurul Afiqah bt Razali
Matrix number: IEF 110017
Date: Friday ( 12/10/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Apa yang saya dapat semasa kuliah apk yang lepas ialah:

1) Saya dapati cara pembelajaran yang lebih banyak kepada aktiviti lebih berkesan berbanding jika pensyarah sahaja yang mengajar, tambahan pula pelajar tidak cepat berasa bosan melalui kaedah sedemikian.

2) Saya dapat melatih diri bekerja dalam pasukan, contohnya: membahagikan tugasan yang diberi dan secara tidak langsung dapat mewujudkan interaksi antara ahli kumpulan.



REFLECTION NAZRATUN NAIMAH FROM APK CLASS

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nazratun Naimah bt Jahuri
Matrix number: IEF 110015
Date: Friday ( 12/10/2012)


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

-         Pelbagai pengalaman dan cabaran yang saya dapat semasa berada di kelas apk yang lepas:-
-         
      Sebelum kelas bermula kami diarahkan agar duduk di dalam kumpulan masing-masing. Kelas brmula dengan penerangan diri Miss Elaine.Walaupun beliau seorang yang bertubuh kecil,namun suara yang dilontarkan sangat mengagumkan.Beliau seorang yang sangat berani dan kelakar.Seleps itu,Miss Elaine menyuruh kami semua membuat keputusan apa cita-cita kami smua selepas 4 tahun belajar. Bagi saya ini adalah sangat mencabar kerana sukar untuk saya membuat keputusan tersebut.Kemudian kami diarahkan oleh Miss Elaine untuk menulis seberapa banyak yang mngkin masalah-masalah yang dihadapi oleh kami untuk mncapai cita-cita.Semasa perbincangan in berjalan,saya dapat merasai semangat berkumpulan yang bagus dari setiap kumpulan. Begitu juga dalam kumpulan saya,semangat kumpulan yang ditunjukkn oleh ahli-ahli kumpulan sangat membanggakan..

REFLECTION SYAKIRAH HANI FROM APK CLASS

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nur Syakirah Hani bt Shamsul Khair
Matrix number: IEF 110016
Date: Friday ( 12/10/2012 )


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Antara perkara yang saya dapat dalam kuliah APK minggu lepas ialah:

1) Lebih bermotivasi: Dengan aktiviti minggu lepas saya lebih bermotivasi dengan cita-cita yang saya tulis untuk diperbaiki demi mencapai cita-cita tersebut. Segala kelemahan akan saya perbaiki.


2) Bekerjasama: Dengan aktiviti yang telah dipertanggungjawabkan pada setiap kumpulan, kami telah bekerjasama dalam membuat tugasan masing-masing untuk menyiapkan tugasan yang telah di amanahkan..

REFLECTION HIDAYAH FROM APK CLASS

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)

       Name: Nurul Hidayah bt Abdull Halim
  Matrix number: IEF 110018
  Date: Friday ( 12/10/2012 ) 

  Assalammualaikum dan salam sejahtera.Apa yang saya telah pelajari di kelas apk minggu lepas,saya dapat mencari kelemahan dan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai cita-cita saya. Saya juga dapat merancang apa yang perlu dilakukan untuk masa hadapan dan mengetahui betapa pentingnya semangat berkumpulan. Selain itu, saya dapat membentuk keyakinan diri,disiplin,tanggungjawab,kerjasama dalam setiap tugasan yang diberikan dan lain-lain.

  Saya amat gembira apabila Miss Elaine meengajar kerana beliau seorang yang  bersemangat dan bertenaga sewaktu mengajar.Malah kami semua gembira dan Miss Elaine yang comel membuatkan suasana dalam kelas ceria dan meriah. Saya berharap,saya dapat memantapkan bahasa inggeris saya.Sesungguhnya,saya terlalu lemah untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Akhirnya,saya berharap dapat memberi komitmen dengan baik.
Newer Posts Older Posts Home

LIKE OUR BLOG

ABOUT US

My photo
group9-APK
Selamat datang ke blog kami & salam perkenalan dari kami yang ceria. (^_^)"
View my complete profile

OUR FACEBOOK :)

  • NUR SYAKIRAH HANI
  • SITI A'ISYAH
  • NAZRATUN NAIMAH
  • NURUL AFIQAH
  • NURUL HIDAYAH
  • MUHAMMAD ZAKARIYA
  • SITI ARFAH

BLOG ARCHIVE

  • ▼ 2012 (27)
    • ▼ November (14)
      • Reflection Hani 9/11/2012
      • Reflection Nazratun Naimah 9/11/2012
      • Reflection Zakariya 9/11/2012
      • | Third Assignment |
      • Reflection Hidayah 2/11/2012
      • Reflection Afiqah 2/11/2012
      • Reflection Arfah 2/11/2012
      • Reflection Hani 2/11/2012
      • Reflection Zakariya 2/11/2012
      • Reflection Nazratun Naimah 2/11/2012
      • | Second Assignment |
      • Reflection Zakariya 19/10/2012
      • Reflection Afiqah 19/10/2012
      • Reflection Hani 19/10/2012
    • ► October (13)
      • Reflection Arfah 19/10/2012
      • Reflection A'isyah 19/10/2012
      • Reflection Nazratun Naimah 19/10/2012
      • Reflection Hidayah 19/10/2012
      • SYARIKAT RAMLY BURGER DAN PERMASALAHAN
      • REFLECTION A'ISYAH FROM APK CLASS
      • REFLECTION AFIQAH FROM APK CLASS
      • REFLECTION NAZRATUN NAIMAH FROM APK CLASS
      • REFLECTION SYAKIRAH HANI FROM APK CLASS
      • REFLECTION HIDAYAH FROM APK CLASS
 
Copyright©2012-2013. All Right Reserved by Group9-APK