-->
skip to main | skip to sidebar

| Group9- APK |

RSS
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments

Reflection Hani 9/11/2012

Posted by group9-APK on Thursday, 22 November 2012
/ Comments: (0)
Name: Nur Syakirah Hani bt Shamsul Khair
Matrix Number: IEF 110016
Date: Friday ( 9/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Apa yang saya dapat?

Setiap minggu kelas akan membuat aktiviti yang berbeza. Dengan aktiviti yang pelbagai ini membuatkan saya lebih berfikiran terbuka. Dan kami mendapat tugasan untuk membuat presentation dan assignment. Ini mendatangkan kebimbangan pada saya kerana perlu bersaing untuk membuat yang terbaik berbanding dengan kumpulan lain.

Apa yang saya rasa?

Dengan aktiviti yang dilakukan dalam kelas berbeza setiap miggu, saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Bagaimana saya untuk mengeluarkan idea-idea baru dan lain-lain. Ini akan saya praktiskan dalam bidang pekerjaan dan pembelajaran serta organisasi bagi mengeluarkan idea-idea baru.

Reflection Nazratun Naimah 9/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nazratun Naimah bt Jahuri
Matrix Number: IEF 110015
Date: Friday ( 9/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang saya belajar?

--->Kami diberi tugasan untuk membuat rancangan perniagaan dalam 1 kerja kursus sbyk 40-50 m/s,,+ presentation selepas cuti,,hmm,,sangat membimbangkn bagi saya..

Apa yang saya rasa?

--->Setiap minggu di kelas apk mempunyai aktiviti yang sgt mencabar,,saya perlu bersikap terbuka dan sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal.. =)

Reflection Zakariya 9/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Muhammad Zakariya b. Shafii
Matrix Number: IEF 110014
Date: Friday ( 9/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya rasa sangat bersemangat untuk belajar dengan pengalaman-pengalaman baru dalam pelajaran yang sentiasa memberi seribu satu pengalaman yang menyeronokkan dan amat memberi kesan dalam pelajaran dan pengetahuan. Di smping itu rasa terdedah dengan situasi sbenar dunia perniagaan di luar..:)



| Third Assignment |

Posted by group9-APK on Thursday, 8 November 2012
/ Comments: (0)
[ WAQFEYA ENTERPRISE ]

-MEMBANTU MASYARAKAT MALAYSIA MENDAPATKAN BARANGAN/PAKAIAN DARI NEGARA MESIR DENGAN MUDAH-

Jika diperhatikan situasi hari ini, menunjukkan ramai wanita Islam memilih fesyen dan bentuk pakaian jenis kontemporari dan ranggi. Lebih-lebih lagi, pelbagai koleksi busana muslimah yang wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan menarik minat wanita Islam berpakaian menepati cita rasa moden dengan penampilan gaya elegan.


Oleh yang demikian,kami dari Waqfeya Enterprise sedia membantu para muslimah untuk berfesyen dengan mengenakan pakaian dari negeri Arab,Mesir yang berkualiti dan menutup aurat.Selain berfesyen dengan pakaian Arab ini,kami juga menjual aksesori atau barangan dari negeri Arab seperti bedak,celak,sejadah,telekung dan sebagainya.













Reflection Hidayah 2/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nurul Hidayah bt Abdull Halim
Matrix Number: IEF 110018
Date: Friday ( 2/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Setiap minggu kami diberikan tugasan-tugasan yang baru. Pada minggu lepas kami belajar untuk mempraktikkan diri apabila berada di alam perniagaan yang sebenar. Kami juga perlu mengatur strategi dengan baik. Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain sebagai customer, employee dan enterpreneur. Secara konklusinya, kami semua perlulah bijak dalam mengurus sesuatu bidang yang diceburi supaya berkembang maju dalam perniagaan. Pada mulanya saya berasa tidak seronok kerana tidak faham aktiviti apa pula yang perlu kami lakukan. Akhirnya,baru saya faham, aktiviti yang kami perlu lakukan adalah untuk melatih kami apabila berada dalam perniagaan yang sebenar. Jadi apa yang dapat saya katakan, Miss Elaine bijak merancang aktiviti-aktiviti setiap minggu.

Reflection Afiqah 2/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nurul Afiqah bt Razali
Matrix Number: IEF 110017
Date: Friday (2/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang saya pelajari ialah saya dapat merasai suasana yang sebenar di alam pekerjaan walaupun ianaya hanya di dalam dewan kuliah. Tambahan pula saya sebagai pekerja ditugaskan mencari kerja di gerai-gerai. Dengan ini barulah saya dapat merasai betapa sukarnya mencari kerja. Pengalaman ini amat berguna pada diri saya. Saya boleh praktikkan benda ini di alam pekerjaan nanti. Saya berasa seronok dan dapat merasai suasana alam pekerjaan.

Reflection Arfah 2/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Siti Arfah bt Zaini Azlan
Matrix Number: IEF 110020
Date: Friday ( 2/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Pada kelas apk yang lepas, kami diajar tentang perkara-perkara yang perlu ada sebelum, semasa dan selepas sesuatu perniagaan dijalankan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah customer, supplier, bank dan sebagainya. Saya memilih untuk memasuki kumpulan supplier. Sebagai supplier kumpulan saya dikehendaki menyediakan pebagai jenis stok makanan sebagai bekalan kepada syarikat-syarikat yang memerlukan barangan dari syarikat saya. Bahagian saya sendiri menyediakan stok lada hitam, roti burger dan mayonis. Suasana sewaktu jual beli dilakukan begitu meriah sekali, semua pelajar asyik dengan aktiviti jual beli dan tawar menawar. Diharapkan kelas apk akan datang akan lebih menarik lagi.

Reflection Hani 2/11/2012

Posted by group9-APK
/ Comments: (0)
Name: Nur Syakirah Hani bt Shamsul Khair
Matrix Number: IEF 110016
Date: Friday ( 2/11/2012 )

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pada jumaat lepas saya berada dalam kumpulan bank. Pada awalnya saya tidak faham dengan peranan saya. Kemudian apa yang saya dapat dengan berada dalam kumpulann bank ialah perlu ada sistem yang cekap dan tepat untuk kemasukan dan keluaran duit bagi sesuatu syarikat. Perlu melayan kerenah penyewa yang lambat membayar sewa dan sebagainya. Sebagai seorang yang mengelola bank, perlu tegas dan bertolak ansur akan beberapa keadaan yang dialami syarikat. Saya akan aplikasikan apa yang saya pelajari ini dalam kehidupan seharian dengan rakan seperti mereka yang telah meminjam wang saya dan mereka yang saya telah pinjam wang. Saya juga ada bertanya pada rakan yang memilih sebagai pekerja. Dia tidak mendapat pekerjaan kerana pesaingan untuk mendapatkan pekerjaan sangat sengit dan ketika dia hendak menghantar resume didapati resume dia tidak lengkap dan disebabkan itu dia sukar mendapat kerja. Sebagai orang yang hendak mencari pekerjaan kita mesti menunjukkan persediaan kita dan juga keyakinan kita untuk menyakinkan majikan kita. Saya akan aplikasikan dengan setiap kali pembentangan dalam kuliah saya akan membentang dengan yakin walaupun salah, untuk di alam pekerjaan saya akan bekerja dengan semangat untuk menunjukkan prestasi saya dala m bidang kerjaya saya. Aktiviti minggu lepas sangat menarik kerana telah memberi peluang kepada semua pelajar merasai dalam bidang perniagaan dan pekerjaan.
Older Posts

LIKE OUR BLOG

ABOUT US

My photo
group9-APK
Selamat datang ke blog kami & salam perkenalan dari kami yang ceria. (^_^)"
View my complete profile

OUR FACEBOOK :)

  • NUR SYAKIRAH HANI
  • SITI A'ISYAH
  • NAZRATUN NAIMAH
  • NURUL AFIQAH
  • NURUL HIDAYAH
  • MUHAMMAD ZAKARIYA
  • SITI ARFAH

BLOG ARCHIVE

  • ▼ 2012 (27)
    • ▼ November (14)
      • Reflection Hani 9/11/2012
      • Reflection Nazratun Naimah 9/11/2012
      • Reflection Zakariya 9/11/2012
      • | Third Assignment |
      • Reflection Hidayah 2/11/2012
      • Reflection Afiqah 2/11/2012
      • Reflection Arfah 2/11/2012
      • Reflection Hani 2/11/2012
      • Reflection Zakariya 2/11/2012
      • Reflection Nazratun Naimah 2/11/2012
      • | Second Assignment |
      • Reflection Zakariya 19/10/2012
      • Reflection Afiqah 19/10/2012
      • Reflection Hani 19/10/2012
    • ► October (13)
 
Copyright©2012-2013. All Right Reserved by Group9-APK